Terma dan Syarat Permohonan

TERMA DAN SYARAT
PERMOHONAN UNTUK MENDUDUKI KUARTERS


1) Lokasi kuarters yang dipohon adalah di dalam stesen yang sama dengan tempat bertugas*;

2) Permohonan yang tidak lengkap dan maklumat yang tidak benar akan ditolak;

3) Keputusan Jawatankuasa Perumahan Persekutuan Sabah adalah muktamad. Sekiranya pemohon menolak peruntukan kuarters yang telah diperuntukkan, permohonan berikutnya tidak akan dipertimbangkan.

4) Pemohon yang layak memohon: i) Semua penjawat awam Jabatan Persekutuan yang bertugas di Sabah dan telah disahkan dalam perkhidmatan. ii) Pemohon dan pasangan belum membuat pinjaman perumahan kerajaan dalam radius 25 KM.